Muqaddimah


Blog Kursus Pendidikan Islam ini merupakan satu kaedah pengajaran dan pembelajaran secara atas talian selain kaedah sedia ada iaitu penyampaian di dalam kelas. Diharap dengan adanya blog ini dapat memudahkan para pelajar dan sesiapa sahaja untuk mendapatkan maklumat berkaitan Kursus Pendidikan Islam di politeknik.

Pengenalan Kursus


PENDIDIKAN ISLAM 1 (AA101) memberi pengetahuan tentang kaedah pembacaan al-Quran, konsep ilmu dan tasawwur Islam meliputi akidah, syariah dan akhlak. Penekanan kursus ini adalah terhadap penghayatan akidah Islam serta perlaksanaan ibadah-ibadah dalam kehidupan seharian. Kursus ini juga dapat memberi panduan dalammembentuk sikap bertanggungjawab terhadap Allah SWT, manusia dan alam.

Hasil Pembelajaran Kursus

 
Di akhir kursus ini, pelajar akan dapat:

1. membaca ayat-ayat al-Quran dengan bertajwid dan menghafaz surah-surah yang diberikan semasa sesi amali

2. menerangkan dengan jelas konsep ilmu dalam Islam supaya dapat diamalkan sepanjang hayat

3. memperkukuhkan pemahaman Tasawwur Islam untuk dijadikan panduan hidup melalui penulisan analitikal berdasarkan situasi yang diberikan

4. mempamer akhlak terhadap Allah SWT, rasul dan sesama manusia serta menjelaskan secara bertulis isu akhlak berdasarkan situasi yang diberikan

5. menunjuk cara perlaksanaan ibadah dalam Islam dengan betul dan dipraktikkan dalam kehidupan
 

Topik


1.0 KAEDAH BACAAN AYAT-AYAT SUCI AL QURAN
Topik ini menghuraikan kaedah bacaan ayat-ayat suci al-Quran yang merangkumi pengenalan makhraj huruf, hukum tajwid, memperdengarkan bacaan surah-surah pilihan dalam juzuk 30 dengan bertajwid seterusnya menghafaz surah-surah tersebut.

2.0 ILMU PENGETAHUAN
Topik ini menghuraikan tentang konsep ilmu yang merangkumi definisi, pembahagian ilmu fardu ain dan fardu kifayah serta kewajipannya, sumber-sumber ilmu serta kelebihan ilmu dan ilmuan.

3.0 TASAWWUR ISLAM
Topik ini menerangkan Islam sebagai cara hidup (al-Din), ciri-ciri kesempurnaan Islam, struktur Islam sebagai al-Din ancaman sekularisme dan konsep jihad.

4.0 AKIDAH
Topik ini menjelaskan pengertian akidah dan iman, menghuraikan rukun-rukun iman dan perhubungan antara Islam, iman dan ihsan, menyatakan pembahagian manusia menurut perspektif al-Quran serta memahami akidah Ahli al-Sunnah wa al -Jamaah.

5.0 SYAHADATAIN
Topik ini menerangkan pengertian syahadatain dan tuntutannya, membincangkan Tauhid Uluhiyyah dan Tauhid Rububiyyah serta perkara-perkara yang membatalkan syahadah.

6.0 MANUSIA SEBAGAI HAMBA DAN KHALIFAH ALLAH
Topik ini menghuraikan peranan dan kedudukan manusia sebagai hamba dan khalifah Allah SWT dengan menitik beratkan kepada peranan dan tanggung jawab mereka sebagai hamba dan khalifah Allah SWT.

7.0 IBADAH
Topik ini mendedahkan pengertian dan ruang lingkup ibadah, syarat-syarat sesuatu amalan menjadi ibadah seterusnya matlamat ibadah dalam Islam.

8.0 TOHARAH (BERSUCI)
Topik ini menjelaskan konsep toharah dengan menerangkan pengertian toharah, jenis-jenis najis dan hadas serta cara-cara menyucikannya termasuk cara-cara menyamak kulit binatang.

9.0 IBADAH-IBADAH KHUSUS
Topik ini memperincikan konsep ibadat solat, bacaan-bacaan di dalam dan selepas solat, ibadah puasa, zakat, haji dan umrah dari segi pengertian, kaifiyat serta peranannya.

10.0 JAHILIAH
Topik ini memfokuskan kepada pengenalan jahiliah dengan menjelaskan pengertian, ciri-ciri dan amalan-amalan jahiliah masa kini serta ancaman jahiliah terhadap umat Islam.

11.0 AKHLAK ISLAM
Topik ini menerangkan konsep akhlak dalam Islam dari segi takrif, contoh-contoh dan bahagiannya serta kaitannya dengan isu-isu semasa dan cara menanganinya.

Powered by:
Free Blog Templates